Friday 3 June 2011

.....SekaDar rEnuNgan.....

…diri kita ibarat cawan. Kalau kita tak tuang di dalam cawan dengan air, molekul-molekul angin akan masuk. Begitulah juga diri kita, kalau kita tak tuang dengan ilmu dan iman, anasir-anasir lain akan masuk. Kita hajat kepada tarbiyyah untuk mengisi diri kita dengan bekalan iman agar hidayah Allah kekal dan tak hilang dalam hati. Kita terlalu hajat pada hidayah Allah,''

ke mana pun kita lari dan pergi, kita akan kembali kepada Allah. Kita tak boleh sombong dengan Allah. Allah boleh menapis diri kita daripada  mendapat hidayah-Nya bila-bila masa saja, sebab tu lah kita perlu bersyukur dengan hidayah Allah dan perlu berusaha mengekalkannya. Allah dah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita, kenapa kita nak sia-siakannya?''   


Hidayah tu milik Allah…kita takut hidayah tu hilang dari diri kita jika tergoda dengan ujian ni. Allah tak perlukan kita tapi kita memang terlalu memerlukan hidayah-Nya untuk selamat di dunia dan akhirat. Kalau kita tak jaga hidayah Allah, ia boleh pergi meninggalkan kita,

Aku kehilangan rahmat dan hidayah Allah kerana aku sendiri cuai menjaganya. Baru aku sedar bahawa aku tak cukup ikhlas mencari hidayah Allah dalam hidup ini. Hatiku ada hijab. Aku lebih mendamba cinta manusia daripada cinta Allah.  Aku remehkan soal keikhlasan hati dan mazmumah yang ada tak sepenuhnya kukikis. Kubiarkan ia bersarang. Akhirnya, ia merebak dan meracuni hati.Lalu, Allah asingkan aku dari rahmat-Nya seketika. Azab rasanya! Aku lemas dalam lautan cinta buta yang sementara. Mujurlah, Dia masih sudi memimpinku kembali. Aku tahu, cinta-Nya padaku tak pernah bertepi. Cuma aku yang tak menghargai.Cukuplah…aku tak mahu kehilangan lagi. Ya Allah, Kaulah cintaku!

Aku memang hajat pada tarbiyyah berterusan untuk terus mendapat kekuatan. Dunia ini terlalu dusta dan menggoda, hanya jalan tarbiyyah boleh menyelamatkan aku dari murka-Mu. Ya Allah, aku takut menghadapi ujian hari esok. Tolonglah berikanku kekuatan, aku tidak mahu tewas lagi…

"" Asleh Nafsaka Wad'u Ghairaka ...Perbaikilah dirimu dan diwaktu yang sama dakwahlah orang lain kepada Islam ""

No comments:

Post a Comment