Thursday 27 October 2011

.............Air Mata Keinsafan............


Air mata keinsafan 
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa 
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah 
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat 
Syurga abadi

Monday 24 October 2011

Tarbiyah

Ukhtiku sayang
Hidup ini penuh dugaan
Amat payah….
Amat sukar…
Di sebalik harakah ada kesungguhan
Di sebalik ukhuwah ada kemanisan
Indahnya hidup ini

Alangkah sedih hati ini
Andai fikrah kita tak serupa
Syamil…..! Kamil……! Mutakamil…….!
Itu benar…..
Namun
Dakwah kita tidak akan sempurna
Andai salah satu diabaikan
MasyaAllah…..
Minta dijauhkan…..

Wahai para daie
Bangkitlah semua
Sejauh mana usaha antum
Setinggi mana impian antim
Setebal mana keimanan antum
Segalanya bermula dengan…..
Tarbiah……..





Tuesday 11 October 2011

Rintihan hati ini...


Ku mencari….
Ku mencari….
Di mana hilang perasaan ini
Sgalanya yg ku anggap mudah
Segala yg ku anggap senang
Segala ku anggap jauh…

Terlalu byk kebarangkalian
Terlalu byk kelalaian

Terlalu sukar tuk ku dilafazkan
Teramat susah tuk diterjemahkan
Aku mengerti setiap ap yang terjadi
Pasti ada sebabnya….

Baru ku sedar….
Air mata keinsafan ini
Kini mengalir di malam sepi
Di ketika berseorangan
Mahupun berjemaah
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan ku ini
Di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa-dosa
kesilapan lampau.....
Agar mendapat keampunan dari Ilahi


Deraian air mata ini
Adalah titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Untuk selamanya