Monday 28 November 2011

Muhasabah diri ini ke arah kebaikan



 Assalamualaikum kawan2…. Dah lama kte x jumpa kn walaupun baru seminggu je,tp mcm lme sgt…. Semoga kita sentiasa di bawah jagaan Allah hendaknya.. Dengan harapan antum semua sihat2 di samping keluarga yang tercinta…..Masih ada sebulan lagi untuk kte rehat kan minda di rumah, di samping merehatkan minda jangan lupa ya Allah sentiasa di hati. Ingat…..setiap apa yang kte wt Allah sentiasa memerhatikn…. Jadi apabila kita jage Allah, Allah pasti akan jage kte.. insyAllah….Amin….
Baru beberapa hari lepas kte menyambut maalhijrah mesti banyak azam baru yang kte mau “tajdid”  kn… btol x…? minta2 begitu lah harapnya… Semoga setiap apa yang kte lakukan hanyalah kerana Allah…..

Just nk share, renung-renungkan k :

Pada zaman sekarang, ada je orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Patut kah begitu…..
Ada juga orang yang begitu rajin berzikir, sehinggakan tidak terkira zikirnya tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa pn. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya. Macam mana ni….

Sebenarnya keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.
Bagi yang sedar tentang tujuan kehidupan nya, hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu) :

  • ü  solat berjemaah 3 kali, utamakan berjemaah di surau atau masjid
  • ü  solat sunat 6 rakaat & duha
  • ü  membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
  • ü  menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
  • ü  wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (al-Ma’thurat)
  • ü   qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
  • ü  berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
  • ü  baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
  • ü  kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
  • ü  ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
  • ü  baca-bacaan sebelum tidur dan riadah 20 minit 
Perkara-perkara di atas di sarankan agar  diusahakan setiap hari. Di tambah juga dengan perkara-perkara kebaikan yang lain… Alhamdulillah untuk diri yang ini terutamanya. Semoga kita sama2 dapat beristiqamah melakukannya. Sy cume m’yampaikan sahaja… Antum yg menentukan….

Penulis asal :                                                            
Oleh Alexanderwathern
Just edit ckit :
Hambayangmerintih.com



3 comments:

  1. bersempena tahun baru hijrah ini,mari kita sama-sama muhasabah balik diri ini...,berhijrahlah utk menjadi lebih baik dgn mengambil intipati hijrah Rasulullah..,ertinya hijrah yg kita lakukan adalah sia-sia sekiranya tidak disertakan dgn iman,niat dan matlamat yg jelas,terang lagi bersuluh...Matlamat utama kita adalah utk mencari redha Allah..,itu yg paling utama...,dismping kita hendak melihat Islam diletakkan pada tempat yg tertinggi dan tiada yg lbih tinggi lagi drpd Islam...Lastly,hayatilah 10 muasafat tarbiyyah yg telah digariskan oleh Imam as Syahid Hassan al Banna sebagai guideline kita dlm kita membentuk jati sebagai muslim....sekadar pandgn~

    ReplyDelete
  2. syukran atas peringatan t'sebut...

    ReplyDelete
  3. perkogsian yg berguna.. bile nk update yg bru lg.. :)

    ReplyDelete