Tuesday 12 June 2012

Ujian +ujian


Assalamualaikum antum.....

Dh lame rasenya x updated blog ni. nk kata busy, rsenye ramai org yang lagi busy....mgkin ini cume alasan semata-sata....jika dibandingkan dgn zaman dahulu, mampukah kita semantap itu...? walaupun busy masih tetap melakukan kerja dakwah kn...jadi apa yang perlu kita lakukan sekarang..! InsyAllah dengan sedikit coretan yang ingin dikongsikan ini dapatlah kita muhasabah balik sejauh mane pengorbanan dan kerja(dakwah)yang telah kita lakukan...adakah sebanding dengan Rasulullah & para sahabat...? Renung-renungkan............(peringatan utk diri)

Sebenarnya nk cte sedikit tentang ujian Allah. …
Huh....Ujian2.....hari2 aku diuji....Allah x syg aku ke..? tgk orang lain bahagia je selalu...aku mcm ni....ADAKAH kata2 ini yang selalu kita ungkapkan....mungkin ya dan mungkin tidak...TEPUK DADA TANYALAH IMAN.....

Jom kita tgk maksud ujian Allah

Ujian Allah ialah suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.(copy paste ILUVISLAM)

Msti dh fahamkan....

Allah ada nyatakan di dalam Al-quran surah al-baqarah ayat 286 maksudnya :

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Ha...ni la dalilnya....perasan x, sebenarnya  Allah sdg b'ckp dgn kita tu...kalau la kita faham disebalik kata2 Allah ni InsyAllah kita mampu untuk menghadapi ujian Allah itu...

Apapun ujian yang berlaku ke atas kita,InsyAllah akan menjadi kebaikan jika kita sentiasa berfikiran positif(husnuzon).   Jangan sesekali kita mengeluh....ISTIGFAR byk3 seandainya itu berlaku,....

Apabila kamu diuji, sebenarnya Allah ingin pelihara kamu daripada pelbagai keburukan. Allah kan ada berfirman "setiap kesusahan pasti ada kemudahan dan kebaikan". Maka ingatlah, kita perlu bersyukur dengan ujian yang kita hadapi walaupun sesukar mane....InsyAllah Allah akan berikan syurga bagi sesiapa yang bersabar dengan ujian itu....

Lastly…..

Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda,“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Just nk SHARING…. Sharing is CARING.....



Monday 28 November 2011

Muhasabah diri ini ke arah kebaikan



 Assalamualaikum kawan2…. Dah lama kte x jumpa kn walaupun baru seminggu je,tp mcm lme sgt…. Semoga kita sentiasa di bawah jagaan Allah hendaknya.. Dengan harapan antum semua sihat2 di samping keluarga yang tercinta…..Masih ada sebulan lagi untuk kte rehat kan minda di rumah, di samping merehatkan minda jangan lupa ya Allah sentiasa di hati. Ingat…..setiap apa yang kte wt Allah sentiasa memerhatikn…. Jadi apabila kita jage Allah, Allah pasti akan jage kte.. insyAllah….Amin….
Baru beberapa hari lepas kte menyambut maalhijrah mesti banyak azam baru yang kte mau “tajdid”  kn… btol x…? minta2 begitu lah harapnya… Semoga setiap apa yang kte lakukan hanyalah kerana Allah…..

Just nk share, renung-renungkan k :

Pada zaman sekarang, ada je orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Patut kah begitu…..
Ada juga orang yang begitu rajin berzikir, sehinggakan tidak terkira zikirnya tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa pn. Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri. Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya. Macam mana ni….

Sebenarnya keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar. Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya. Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.

Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.
Bagi yang sedar tentang tujuan kehidupan nya, hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu) :

  • ü  solat berjemaah 3 kali, utamakan berjemaah di surau atau masjid
  • ü  solat sunat 6 rakaat & duha
  • ü  membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
  • ü  menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
  • ü  wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (al-Ma’thurat)
  • ü   qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
  • ü  berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
  • ü  baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
  • ü  kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
  • ü  ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
  • ü  baca-bacaan sebelum tidur dan riadah 20 minit 
Perkara-perkara di atas di sarankan agar  diusahakan setiap hari. Di tambah juga dengan perkara-perkara kebaikan yang lain… Alhamdulillah untuk diri yang ini terutamanya. Semoga kita sama2 dapat beristiqamah melakukannya. Sy cume m’yampaikan sahaja… Antum yg menentukan….

Penulis asal :                                                            
Oleh Alexanderwathern
Just edit ckit :
Hambayangmerintih.com



Thursday 27 October 2011

.............Air Mata Keinsafan............


Air mata keinsafan 
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa 
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah 
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat 
Syurga abadi

Monday 24 October 2011

Tarbiyah

Ukhtiku sayang
Hidup ini penuh dugaan
Amat payah….
Amat sukar…
Di sebalik harakah ada kesungguhan
Di sebalik ukhuwah ada kemanisan
Indahnya hidup ini

Alangkah sedih hati ini
Andai fikrah kita tak serupa
Syamil…..! Kamil……! Mutakamil…….!
Itu benar…..
Namun
Dakwah kita tidak akan sempurna
Andai salah satu diabaikan
MasyaAllah…..
Minta dijauhkan…..

Wahai para daie
Bangkitlah semua
Sejauh mana usaha antum
Setinggi mana impian antim
Setebal mana keimanan antum
Segalanya bermula dengan…..
Tarbiah……..





Tuesday 11 October 2011

Rintihan hati ini...


Ku mencari….
Ku mencari….
Di mana hilang perasaan ini
Sgalanya yg ku anggap mudah
Segala yg ku anggap senang
Segala ku anggap jauh…

Terlalu byk kebarangkalian
Terlalu byk kelalaian

Terlalu sukar tuk ku dilafazkan
Teramat susah tuk diterjemahkan
Aku mengerti setiap ap yang terjadi
Pasti ada sebabnya….

Baru ku sedar….
Air mata keinsafan ini
Kini mengalir di malam sepi
Di ketika berseorangan
Mahupun berjemaah
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan ku ini
Di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa-dosa
kesilapan lampau.....
Agar mendapat keampunan dari Ilahi


Deraian air mata ini
Adalah titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Untuk selamanya




Saturday 9 July 2011

indah ye jika aq dpt menangis.....

menangis.....
amat senag utk ku melafazkan kata2 ini,
menangis.....
adakah aq benar2 menangis....
menangis......
mengapa aq menangis......

alangkah indahnya jika aq dpt menangis,
lg indah jika aq dapt m'hayati ap yg aq tangisi,
bukan mudah untuk air mata ku jatuh,
meski pun ia jatuh
aq belum tahu ap punca ia jatuh...

tetapi semakin aq memaksa...
aq merasa smakin laju air mataku b'cucuran,
apakah sbb ye....
aq t'tye2.....
setelah puas aq m'cari,
akhirnye....
aq tahu mengapa aq menangis....

tetapi amat sukar utk ku m'zahirkn sbb nya....
aq x nk kwn2 ku tahu sbb nye....
aq x nk adk2 ku tahu sbb nye..
aq x nk akk2 ku tahu sbb nye...
dan aq x nk family ku tahu sbb nye...

biarlah aq dan Allah yg tahu...
aq b'syukur aq ada Allah...
aq dapt b'cerita dgn Allah..,
aq dpt mengadu dgn Allah,..
Allah dpt m'bantu...
Allah adalah sgala-galanya...


Wednesday 15 June 2011

Kelebihan Solat Dhuha

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,” kata Nidzamuddin.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.”(Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Doa Solat Dhuha


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
 kecantikannya kecantikanMu,
 keindahannya keindahanMu,
 kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu 

 perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,

  jika  di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.