Saturday, 9 July 2011

indah ye jika aq dpt menangis.....

menangis.....
amat senag utk ku melafazkan kata2 ini,
menangis.....
adakah aq benar2 menangis....
menangis......
mengapa aq menangis......

alangkah indahnya jika aq dpt menangis,
lg indah jika aq dapt m'hayati ap yg aq tangisi,
bukan mudah untuk air mata ku jatuh,
meski pun ia jatuh
aq belum tahu ap punca ia jatuh...

tetapi semakin aq memaksa...
aq merasa smakin laju air mataku b'cucuran,
apakah sbb ye....
aq t'tye2.....
setelah puas aq m'cari,
akhirnye....
aq tahu mengapa aq menangis....

tetapi amat sukar utk ku m'zahirkn sbb nya....
aq x nk kwn2 ku tahu sbb nye....
aq x nk adk2 ku tahu sbb nye..
aq x nk akk2 ku tahu sbb nye...
dan aq x nk family ku tahu sbb nye...

biarlah aq dan Allah yg tahu...
aq b'syukur aq ada Allah...
aq dapt b'cerita dgn Allah..,
aq dpt mengadu dgn Allah,..
Allah dpt m'bantu...
Allah adalah sgala-galanya...


Wednesday, 15 June 2011

Kelebihan Solat Dhuha

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,” kata Nidzamuddin.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.”(Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Doa Solat Dhuha


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
 kecantikannya kecantikanMu,
 keindahannya keindahanMu,
 kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu 

 perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,

  jika  di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Thursday, 9 June 2011

Golongan Yang Tercicir

Sebab-sebab Keciciran
Pertama
*      Sebab2 yang b’hubung dgn tarbiah
1.        Kelemahan sudut Tarbiyyah
2.      Tidak  meletakkan seseorang di tempat yg sesuai
3.      Tidak  m’bahagikan kerja kpd anggota
4.      Tidak mengambil berat hal ahli
5.      Tidak m’yelesaikan p’soalan dgn segera
6.      Pemimpin tdk layak
Kedua
*      Sebab2 dari anggotanya sndiri
1.        Tabi’i yang tidak tetap
2.      Takut berlaku sesuatu ke atas diri & pendapatan
3.      Melampau
4.      Bermudah-mudahan dan longgar
5.      Tertipu dgn kdudukan & b’sikap menonjol diri
6.      Cemburukan orang lain
7.       Fitnah senjata
Ketiga
*      Sebab2 luar yang menekan
1.        Tekanan ujian
2.      Tekanan keluarga
3.      Tekanan persekitaran
4.      Tekanan gerakan2 bahaya
5.      Tekanan bermuka-muka

From- GOLONGAN YANG TERCICIR disepanjang jalan da'wah
       -by FATHY YAKAN

"Tolong sampaikan pada si dia…"


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Wednesday, 8 June 2011

Rintihan sEorang hamba ALLAH

Kdg2 aku  t’pk…
knapa aku di cipta??????
Adakah hanya saje2….@
Ada hikmah di sebaliknya….
Tp smpai skrg aq blom b’jumpa hikmah tersebut….

Namun setelah aq tahu tujuan aku diciptakan…
(khalifah  2:30  & abid   51:56)
Aku rse gembira…
Dlm mse yg sme aku berasa takut….
Tp npe aku rse takut…
Npe aku rse gembira….
Masih belum terjawab persoalan ini…..

Dalam mse yg sme ak b’usaha untuk mencari jawapan t’sebut…
Aku tau sbb ap ak rse tkot…..
Aku tkot klu aq m’jd ftnah kpd agama islam…
Aku ni pmbawa agama Allah,..
Tp kdg2 aku terleka dengan dunia….
Semua org tgk aku……
Tnpa aku sedar atau aku x sedar…
Klu ak sedar,cpat2 ak taubat…
Tp yg aku x sedar…..
Aku takut…. Ya Allah…..
  
Mlm td ak t’pk kata2 kwnku…
Mcm mne klu aku jd org yg di tapis…..
Dptkah aku merasai kemanisan iman sperti ini…..?????
Aku x nk…..
Aku nk berada di jln ni….
Ak nak bersama-sama kwn2 lain…
Aku nak merawat umat islam,…
Aku nk Allah tgk aku….
Aku nk jmpe Rasulullah….
Aku x nk tercicir…..
Ya Allah bantu lah aku….
Hanya ENGKAU tempat aku memohon…..


Monday, 6 June 2011

Kisah Hudzaifah di medan Ahzab

Sudah satu bulan lebih pengepungan itu berlangsung, Pasukan Quraisy dan sekutunya yang mencapai puluhan ribu tersebut tetap bertahan di tempatnya, di seberang parit. Mereka tidak tahu harus berbuat apa. Inilah perang Khandak (parit)dimana Rasulullah dikepung oleh tentara gabungan musyrikin Makkah dalam jumlah yang belum pernah mereka hadapi. Berkat usulan Salman Al-Farisi, dibuatlah parit sebagai benteng pertahanan ala Parsi dalam mempertahankan diri ketika keberadaan musuh lebih besar jumlahnya. Strategi itu cukup berhasil. Quraisy tak mampu berbuat apapun kecuali hanya menunggu dan menunggu.
Rasulullah saw dan para shahabat tetap bersabar dalam kepungan mereka. Dalam keadaan lapar, terjepir dan kebuntuan itu, mereka masih punya harapan kepada Allah swt. Sementara itu, Yahudi Banu Quraidhah yang pernah menyatakan perjanjian damainya dengan kaum muslimin telah nyata-nyata mengingkari janji, mereka malah bergabung bersama pasukan kafir Quraisy. Maka semakin lengkaplah kekuatan musuh dan semakin bersarlah bahaya yang mengepung kaum muslimin.
Perang ini disebut juga perang Ahzab(sekutu, istilah modern: Pasukan Multinasional-edit) mengingat besarnya ancaman musuh yang datang menyerbu Madinah.
Dalam keadaan tak menentu itu, datanglah pertolongan Allah swt. Terjadilah peristiwa alam yang langka. Suatu malam, hujan angin datang disertai badai besar hingga membuat ketakutan setiap orang. Cuaca menjadi sangat dingin, ditingkahi kilatan halilintar yang merbahaya, masih diiringi deru angin puting beliung yang luar biasa kencangnya. Periuk-periuk pasukan kafir Quraisy pun berjatuhan, khemah berterbangan terbawa angin. Dinginnya angin dan hujan membuat setiap orang menggigil luar biasa. Terkaman alam tersebut telah membuat orang-orang gerun tersebut tersiksa, terlebih bagi orang-orang kafir, hati dan pikiran mereka semakin tidak karuan.
Dalam keadaan demikian sulit dan berat tersebut Rasulullah saw. justeru ingin mengetahui keadaan pasukan musuh. Kala itu kaum muslimin duduk dengan mendekap kaki-kaki mereka mencari kehangatan. Kedinginan terasa menusuk tulang, apalagi perut yang kosong kelaparan semakin menambah keadaan bagaikan membekukan. Hujan masih saja turun dalam bentuk butiran-butiran salju. Setiap orang merasa terancam oleh suasana mencengkam yang sangat luar biasa tersebut.
Para sahabat duduk membatu dalam kegelapan bagaikan longgokan bebatuan mati. Di tengah kebisuan itu Rasulullah saw. bersabda, “Adakah yang bersedia mencari berita musuh dan melaporkannya kepadaku, mudah-mudahan Allah menjadikannya bersamaku di hari Kiamat!”
Jaminan keselamatan dari Rasulullah saw. dan berita gembira itu tidak segera mendapat sambutan dari para sahabat. Padahal biasanya para shahabat senantiasa menyambut dan berebut untuk menunaikan amanah Rasulullah saw. Sungguh menghairankan, semua sahabat diam menahan dingin dan didekap penderitaan yang berat, ditambah rasa takut yang masih menyelimutinya. Maka, Rasulullah saw. pun mengulang-ualang pertanyaan itu sampai tiga kali. Begitu pun tetap tidak ada juuga sahabat yang menyambut tawaran itu. Hingga kemudian Rasulullah saw. berseru, “Qum… ya Hudzaifah!! (Bangkitlah… wahai Hudzaifah!!) Carilah berita dan laporkan kepadaku!!”
Dengan segera, ketika Rasululah saw menyebut namanya, Hudzaifah bangkit. Seringan kapas ia berdiri dan segera menuju pimpinannya. Padahal, ketika duduk tadi badannya lengket dengan bumi, serasa ada beban batu besar di punggungnya. Titah Rasul saw. kemudian , “Berangkatlah mencari berita musuh dan janganlah engkau melakukan tindakan apapun!”
Hudzaifah mengisahkan dirinya tatkala melaksanakan tugas besar itu, “Aku berangkat seperti orang yang sedang dicengkeram kematian, seolah-olah maut telah ada di depan pelupuk mataku. Aku pun tiba di wilayah konsentrasi musuh. Disana aku bisa melihat dengan jelas, Abu Sufyan yang menjadi panglima mereka sedang menghangatkan punggungnya di perapian. Secara reflek aku segera memasang anak panah pada busur dan aku arahkan ke tubuhnya yang hanya berjarak beberapa langkah dari posisiku. Namun, sebelum anak panah lepas dari busurnya, aku seperti mendengar pesan Rasulullah saw. “Janganlah engkau melakukan tindakan apapun!” Maka aku segera mengurungkan niat, aku ingat betul akan tugasku, Tugasku hanya mencari berita tentang keadaan musuh. Padahal, jika aku lepaskan panahku tersebut aku sangat yakin pasti akan mengenai Abu Sufyan. Aku urungkan niat itu, aku berjalan berkeliling di antara mereka. Keadaan sungguh sangat parah. Periuk-periuk pecah ke bumi diterjang angin. Perapian banyak yang padam. Sementara itu khemah-khemah mereka berserakan dirobak-rabik oleh badai salju.
Tiba-tiba telinga menangkap perintah Abu Sufyan yang berteriak mengingatkan pasukannya. “Wahai Quraisy, hendaklah kalian tetap waspada di tengah kegelapan ini. Yakinkan bahwa orang-orang yang duduk di sisi kanan kirimu benar-benar adalah kawanmu. Maka selidikilah! Aku pun secepat kilat segera memegang tangan orang yang duduk di sekitarku dan segera berseru, “Siapa dirimu?” Mereka pun menjawab, “fulan bin fulan”, Maka selamatlah aku kerana mereka tidak berkesempatan menanyakan identitiku.
Abu Sufyan kulihat berdiri dan berkata, “Wahai kaum Quraisy!” katanya berteriak “Kalian tidak akan dapat bertahan lagi dalam keadaan begini terus menerus. Ternak-ternak kita telah mati. Periuk-periuk tempat kita menanak nasi pecah berantakan. Tenda-tenda terbang bersama angin. Semantara itu Bani Quraidhoh telah mencederai kita. Kalian tahu, sekarang angin taufan telah mengajar kita dan perbekalan kita. Kerana itu, pulang sajalah kita! Aku pun hendak berangkat pulang.”
Selesai memberi perintah demikian, Abu Sufyan lantas memutar kudanya kearah Makkah. Dihentakkannya kekang kudanya. Kuda itu pun segera berlari menuju Makkah.
Begitulah ketaatan Hudzaifah ra. yang luar biasa. Sam’an wa tha’atan dalam keadaan apapun, baik ringan atau berat, susah atau senang.

sElaWat muRah reZeki



selawat, selawat nowseeheart, nowseeheart lirik, Nowseeheart - Selawat Murah Rezeki, selawat murah rezeki arab


Allaahumma solli ‘alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi ‘u bihaa ‘alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa ‘alaa ‘aalihi wasohbihi wasallim
Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
Kesejahteraan atas muhammad rasulullah
Dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami
Dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya…