Thursday, 27 October 2011

.............Air Mata Keinsafan............


Air mata keinsafan 
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa 
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah 
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan

Ayuh bersama kita susuri 
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat 
Syurga abadi

Monday, 24 October 2011

Tarbiyah

Ukhtiku sayang
Hidup ini penuh dugaan
Amat payah….
Amat sukar…
Di sebalik harakah ada kesungguhan
Di sebalik ukhuwah ada kemanisan
Indahnya hidup ini

Alangkah sedih hati ini
Andai fikrah kita tak serupa
Syamil…..! Kamil……! Mutakamil…….!
Itu benar…..
Namun
Dakwah kita tidak akan sempurna
Andai salah satu diabaikan
MasyaAllah…..
Minta dijauhkan…..

Wahai para daie
Bangkitlah semua
Sejauh mana usaha antum
Setinggi mana impian antim
Setebal mana keimanan antum
Segalanya bermula dengan…..
Tarbiah……..





Tuesday, 11 October 2011

Rintihan hati ini...


Ku mencari….
Ku mencari….
Di mana hilang perasaan ini
Sgalanya yg ku anggap mudah
Segala yg ku anggap senang
Segala ku anggap jauh…

Terlalu byk kebarangkalian
Terlalu byk kelalaian

Terlalu sukar tuk ku dilafazkan
Teramat susah tuk diterjemahkan
Aku mengerti setiap ap yang terjadi
Pasti ada sebabnya….

Baru ku sedar….
Air mata keinsafan ini
Kini mengalir di malam sepi
Di ketika berseorangan
Mahupun berjemaah
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan ku ini
Di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa-dosa
kesilapan lampau.....
Agar mendapat keampunan dari Ilahi


Deraian air mata ini
Adalah titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat
Syurga abadi
Untuk selamanya




Saturday, 9 July 2011

indah ye jika aq dpt menangis.....

menangis.....
amat senag utk ku melafazkan kata2 ini,
menangis.....
adakah aq benar2 menangis....
menangis......
mengapa aq menangis......

alangkah indahnya jika aq dpt menangis,
lg indah jika aq dapt m'hayati ap yg aq tangisi,
bukan mudah untuk air mata ku jatuh,
meski pun ia jatuh
aq belum tahu ap punca ia jatuh...

tetapi semakin aq memaksa...
aq merasa smakin laju air mataku b'cucuran,
apakah sbb ye....
aq t'tye2.....
setelah puas aq m'cari,
akhirnye....
aq tahu mengapa aq menangis....

tetapi amat sukar utk ku m'zahirkn sbb nya....
aq x nk kwn2 ku tahu sbb nye....
aq x nk adk2 ku tahu sbb nye..
aq x nk akk2 ku tahu sbb nye...
dan aq x nk family ku tahu sbb nye...

biarlah aq dan Allah yg tahu...
aq b'syukur aq ada Allah...
aq dapt b'cerita dgn Allah..,
aq dpt mengadu dgn Allah,..
Allah dpt m'bantu...
Allah adalah sgala-galanya...


Wednesday, 15 June 2011

Kelebihan Solat Dhuha

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya:“Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,” kata Nidzamuddin.
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.”(Riwayat Muslim).
Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Doa Solat Dhuha


Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
 kecantikannya kecantikanMu,
 keindahannya keindahanMu,
 kekuatannya kekuatanMu,
kekuasaannya kekuasaanMu 

 perlindungannya perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezeki masih di langit, turunkanlah,

  jika  di bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah, jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikanMu. keindahanMu, kekuatanMu, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Thursday, 9 June 2011

Golongan Yang Tercicir

Sebab-sebab Keciciran
Pertama
*      Sebab2 yang b’hubung dgn tarbiah
1.        Kelemahan sudut Tarbiyyah
2.      Tidak  meletakkan seseorang di tempat yg sesuai
3.      Tidak  m’bahagikan kerja kpd anggota
4.      Tidak mengambil berat hal ahli
5.      Tidak m’yelesaikan p’soalan dgn segera
6.      Pemimpin tdk layak
Kedua
*      Sebab2 dari anggotanya sndiri
1.        Tabi’i yang tidak tetap
2.      Takut berlaku sesuatu ke atas diri & pendapatan
3.      Melampau
4.      Bermudah-mudahan dan longgar
5.      Tertipu dgn kdudukan & b’sikap menonjol diri
6.      Cemburukan orang lain
7.       Fitnah senjata
Ketiga
*      Sebab2 luar yang menekan
1.        Tekanan ujian
2.      Tekanan keluarga
3.      Tekanan persekitaran
4.      Tekanan gerakan2 bahaya
5.      Tekanan bermuka-muka

From- GOLONGAN YANG TERCICIR disepanjang jalan da'wah
       -by FATHY YAKAN

"Tolong sampaikan pada si dia…"


Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...